skip to Main Content

Siri Pengajian Akidah : Untuk Apa Allah Menciptakan Kita?

Soalan : Untuk apa Allah menciptakan kita?

Jawapan : Allah menciptakan kita dengan tujuan agar kita beribadah kepada-Nya dan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan-Nya. Bukti dalilnya adalah firman Allah di dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56:

Allah berfirman:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦)

Maksudnya : “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (Adz-Dzariyat 51:56)

Dan

Dari Mu’adz radiyallahu anhu, beliau berkata:

كُنْتُ رِدْفَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى حِمَارٍ يُقَالُ لَهُ عُفَيْرٌ، فَقَالَ ‏”‏ يَا مُعَاذُ، هَلْ تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ وَمَا حَقُّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ ‏”‏‏.‏ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ‏.‏ قَالَ ‏”‏ فَإِنَّ حَقَّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ وَلاَ يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا، وَحَقَّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ أَنْ لاَ يُعَذِّبَ مَنْ لاَ يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا ‏”‏‏.‏ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَفَلاَ أُبَشِّرُ بِهِ النَّاسَ قَالَ ‏”‏ لاَ تُبَشِّرْهُمْ فَيَتَّكِلُوا ‏”‏‏

“Aku pernah dibawa atas keldai oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka baginda berkata kepadaku: “Wahai Mu’adz, tahukah engkau apa hak Allah atas hamba-Nya? Dan apakah hak hamba atas Allah? Aku menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahuinya”, Beliau bersabda:  “Hak Allah atas hambaNya adalah agar mereka beribadah kepada-Nya semata dan tidak disekutukan sesuatu apa pun dengan-Nya. Dan hak hamba atas Allah bahawasanya mereka tidak diadzab jika mereka tidak mempersekutukan-Nya sedikitpun.” Maka aku berkata: “Wahai Rasulullah, adakah boleh aku menyampaikan berita gembira ini kepada manusia?” Beliau bersabda: “Jangan kau khabarkan kepada mereka, (kerana nantinya) mereka malah akan menggantungkan (amalan mereka)” (Muttafaqun ‘Alaih)

Hikmah dan Pengajaran dari Ayat dan Hadis diatas adalah:

1. Hikmah penciptaan jin dan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.

2. Penetapan tentang keberadaan jin

3. Kesempurnaan Maha Kaya Allah atas seluruh makhluk-Nya

4. Surat adz-Dzariyat ayat 56 ini menjelaskan bahawa sumber rezeki itu hanyalah dari Allah, dan manusia diperintahkan untuk melaksanakan faktor-faktor penyebab datangnya rezeki

5. Pada ayat 58 surah Adz-Dzariyat terdapat penetapan Nama Allah, iaitu Ar-Rozzaq (Maha Pemberi Rezeki) dan Al-Matin (Yang Maha Kuat).

6. Ketawadhu’an Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dimana pernah seorang sahabat duduk dibelakang baginda dan beliau duduk didepan yang mengendarai unta.

7. Salah satu cara untuk memberikan pelajaran kepada orang lain adalah dengan method soal dan jawab

8. Adab seseorang yang ditanya dan tidak mengetahui adalah menyerahkan urusan kepada Allah dan tidak boleh memaksakan diri untuk menjawab sesuatu yang tidak diketahuinya

9. Barangsiapa yang mati dalam keadaan mentauhidkan Allah, maka dijamin pasti tidak kekal didalam neraka

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search