June 7, 2023

MOTIVASI AGAR BERTAUBAT DAN MEMOHON AMPUNAN ALLAH, SERTA LUASNYA AMPUNAN DAN KASIH SAYANG ALLAH

Allah berfirman

وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَّحِيمًا

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(An-Nisa’ 4:110)

Ibnu Kathir berkata :

يخبر ، تعالى ، عن كرمه وجوده : أن كل من تاب إليه تاب عليه من أي ذنب كان

“Allah mengkhabarkan berkenaan kemuliaanNya dan kedermawananNya, bahawa setiap orang yang bertaubat kepada-Nya, nescaya Allah akan menerima taubatnya, walau apa sekalipun dosa yang telah dia lakukan”
 
Ibnu ‘Abbas berkata :

أخبر الله عباده بحلمه وعفوه وكرمه وسعة رحمته ، ومغفرته ، فمن أذنب ذنبا صغيرا كان أو كبيرا ( ثم يستغفر الله يجد الله غفورا رحيما ) ولو كانت ذنوبه أعظم من السماوات والأرض والجبال

“Allah mengkhabarkan kepada kepada hamba-hambaNya, berkenaan kehalusanNya, kemaafanNya, kemuliaanNya, keluasan rahmatNya, serta keampunanNya. Maka barangsiapa yang melakukan suatu dosa, sama ada kecil atau besar, (kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang – An-Nisa 110), sekalipun dosanya lebih besar daripada langit, bumi dan gunung ganang”
 
Rasulullah shalllahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَتَوَضَّأُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ تَعَالَى لِذَلِكَ الذَّنْبِ إِلَّا غَفَرَ لَهُ وَقَرَأَ هَاتَيْنِ الْآيَتَيْنِ ‏{‏وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرْ اللَّهَ يَجِدْ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا‏}‏ {‏وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ‏}‏ الْآيَةَ

“Tidaklah seorang muslim apabila dia melakukan dosa, kemudian dia berwudhu’ dan mengerjakan solat dua rakaat, lalu memohon ampun kepada Allah dari dosa tersebut, kecuali Allah pasti mengampuninya”. Kemudian baginda membaca dua ayat yang berikut:

ومن يعمل سوءا أو يظلم نفسه…

(Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya sendiri… An-Nisa 4:110), serta:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ…

(Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri… Ali Imran 3:135)
 
Riwayat Ahmad. Syeikh Syu’aib al-Arnauth mengatakan “Sanadnya Sahih”
 
(Tafsir al-Quranil ‘Azhim oleh Ibnu Kathir)