March 19, 2024

LARANGAN MENDOAKAN KEBURUKAN BAGI ORANG LAIN, MELAINKAN APABILA DIZALIMI. NAMUN BERSABAR DAN TIDAK MEMBALAS ADALAH LEBIH BAIK

Allah berfirman :

لَّا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(An-Nisa’ 4 : 148)
 
Ibnu Kathir berkata :

لا يحب الله أن يدعو أحد على أحد ، إلا أن يكون مظلوما ، فإنه قد أرخص له أن يدعو على من ظلمه ، وذلك قوله : ( إلا من ظلم ) وإن صبر فهو خير له

“Allah tidak menyukai seseorang mendoakan keburukan bagi orang lain, kecuali apabila dia dizalimi, kerana Allah telah memberikan keringanan kepadanya untuk mendoakan keburukan bagi orang lain yang menzaliminya. Firman Allah (..kecuali orang dizalimi). Namun sekiranya dia bersabar, itu lebih baik baginya”
 
Al-Hasan al-Basri berkata :

لا يدع عليه ، وليقل : اللهم أعني عليه ، واستخرج حقي منه

“Janganlah dia mendoakan keburukan bagi orang lain. Hendaklah dia berdoa: ‘Ya Allah, bantulah aku menghadapinya dan keluarkanlah hakku darinya”
 
‘Abdul Karim bin Malik al-Jazari berkata tentang ayat ini :

هو الرجل يشتمك فتشتمه ، ولكن إن افترى عليك فلا تفتر عليه ; لقوله : ( ولمن انتصر بعد ظلمه فأولئك ما عليهم من سبيل ) [ الشورى : 41 ]

“Iaitu jika seseorang mencacimu, maka (dibolehkan) bagimu untuk membalas cacianny. Akan tetapi jika dia berdusta atasmu, maka janganlah engkau berdusta atasnya. Berdasarkan firman Allah : ‘Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada suatu dosa pun atas mereka’ (Asy-Syura : 41)”
 
(Tafsir al-Quranil ‘Azhim, Ibnu Kathir)
 
Dari Abu Hurairah radiyallahu anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

الْمُسْتَبَّانِ ما قالا فَعَلَى البادِئِ، ما لَمْ يَعْتَدِ المَظْلُومُ

“Dua orang yang saling mencela, ,maka dosanya ditanggung oleh orang yang memulainya, selama orang yang dizalimi tidak melampaui batas”
 
(Riwayat Muslim)