October 1, 2023

Allah berfirman :

وَنَادَىٰ أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ ۚ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ

Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): “Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu”. Mereka (ahli Syurga) menjawab: “Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir”.

Al-A’raaf : 50

Ibnu Kathir berkata :

خبر تعالى عن ذلة أهل النار وسؤالهم أهل الجنة من شرابهم وطعامهم ، وأنهم لا يجابون إلى ذلك .

Allah memberi khabar dengan kehinaan ahli Neraka dan permintaan mereka kepada ahli Syurga agar diberi minuman dan makanan mereka, namun mereka tidak memenuhinya.

قال السدي : ( ونادى أصحاب النار أصحاب الجنة أن أفيضوا علينا من الماء أو مما رزقكم الله ) يعني : الطعام

As-Suddi mengatakan : (Dan ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): “Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu), iaitu maksudnya : Makanan.

وقال الثوري ، عن عثمان الثقفي ، عن سعيد بن جبير في هذه الآية قال : ينادي الرجل أباه أو أخاه فيقول : قد احترقت ، أفض علي من الماء . فيقال لهم : أجيبوهم . فيقولون : ( إن الله حرمهما على الكافرين ) .

Dan berkata at-Tsauri, dari Utsman ats-Tsaqafi, dari Sa’id bin Jubair tentang ayat ini dia berkata : Bahawa sesorang (dari kalangan ahli neraka) memanggil ayahnya atau saudaranya dengan mengatakan kepadanya, “Aku kehausan, maka berikanlah kepadaku air”. Maka dikatakan kepada mereka, “Jawablah mereka (iaitu ahli neraka) dengan mengatakan (Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir).

وقال عبد الرحمن بن زيد بن أسلم : ( إن الله حرمهما على الكافرين ) يعني : طعام الجنة وشرابها

Dan berkata ‘Abdurrahman bin Zaid bin Aslam : (Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir), iaitu maknanya : Makanan dan minuman Syurga.

Tafsir al-Qur’anul ‘Azhim, Ibnu Kathir