March 19, 2024
ALLAH BERFIRMAN :

يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

DARI TAFSIR IBNU KATHIR

يقول تعالى محذرا بني آدم من إبليس وقبيله ، ومبينا لهم عداوته القديمة لأبي البشر آدم ، عليه السلام

“Allah memperingatkan kepada manusia supaya berwaspada terhadap Iblis dan golongannya, dengan menjelaskan kepada manusia tentang permusuhannya yang telah lama terhadap Bapa Manusia, iaitu Nabi Adam Alaihis salam”

في سعيه في إخراجه من الجنة التي هي دار النعيم ، إلى دار التعب والعناء

“ketika Iblis berusaha sekeras mungkin untuk mengeluarkan Nabi Adam dari Syurga yang merupakan negeri yang penuh dengan kenikmatan, menuju negeri yang sarat dengan kepenatan dan keletihan”

والتسبب في هتك عورته بعدما كانت مستورة عنه ، وما هذا إلا عن عداوة أكيدة

“Tipu daya syaitan menjadi sebab tersingkapnya aurat keduanya, padahal sebelumnya aurat mereka tertutup rapi. Tidak lain hal ini timbul dari permusuhan yang sangat keras”.
Ini adalah seperti FirmanNya :

..أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

“..Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.” – Surah Al-Kahfi (18) : 50 –

(Ibnu Kathir, Tafsir al-Quranul ‘Azhim)